Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
               
A- A A+

Piagam Pelanggan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

  1. Kutipan sampah akan dilakukan setiap hari

  2. Keputusan mendiri bangunan/pecah sempadan dan ubah syarat dalam tempoh 108 hari

  3. Keputusan permohonan Sijil Kelayakan Duduk dalam tempoh 2 minggu

  4. Keputusan permohonan lesen premis perniagaan-perniagaan dan perusahaan dalam tempoh 4 minggu

  5. Pembayaran cukai takiran, caruman membantu kadar dan tempat letak kereta dalam tempoh 5 minit

  6. Keputusan permohonan penyewaan peralatan Majlis Daerah Tanah Merah dalam tempoh 15 minit

  7. Memberi jawapan kepada aduan-aduan pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja hingga 30 hari bekerja bergantung kepada skala setiap kes

  8. Kami berjanji semua undang-undang yang terpakai di kawasan Majlis akan dikuatkuasakan dengan adil bertujuan memastikan pembangunan terancang, kebersihan dan keindahan dapat dikekalkan dengan sebaik mungkin

 

Bahagian Pentadbiran

  1. Kami berjanji akan memberi layanan yang mesra setiap panggilan dari pelanggan.

  2. Kami akan melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya.

  3. Kami akan memberi respon dan maklumbalas ke atas surat-surat yang diajukan kepada majlis dalam tempoh 1 minggu.

  4. Kami akan memberi perkhidmatan dengan cepat dan tepat ke atas perkhidmatan kakitangan majlis.

  5. Kami akan bersabar serta bersedia menerima cadangan dan teguran dari pelanggan majlis.

 

Bahagian Kewangan

  1. Bil-bil cukai, lesen, sewaan yang tidak bermasalah akan diproses dalam masa 5 minit

  2. Perkhidmatan yang cepat dan tepat serta layanan mesra yang sopan santun.

  3. Perancangan kewangan dijalankan dengan teliti dan segala peraturan mengenai pengurusan kewangan dipatuhi.

  4. Pembayaran kepada pembekal akan diproses dalam masa 4 minggu.

 

Bahagian Penilaian

  1. Kami mengeluarkan bil-bil cukai taksiran selewat-lewatnya pada 31hb januari bagi bayaran setengah tahun pertama dan 31hb Julai bagi bayaran setengah tahun kedua setiap tahun.

  2. Kami menerima bayaran cukai taksiran untuk tempoh satu tahun dalam masa bayaran setengah tahun pertama.

  3. Semua bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi dari 5 minit.

  4. Mana-mana bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh kurang dari 5 minit.

  5. Memberi peluang kepada pemilik-pemilik harta yang terkilan untuk membuat rayuan dan bantahan.

  6. Memberi peluang untuk membuat pembayaran tunggakan cukai taksiran yang paling tinggi.

  7. Kami akan member keputusan rayuan taksiran cukai dalam tempoh 6 minggu.

 

Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan

  1. Membaiki kerosakan kecil jalan dalam kawasan Majlils dalam masa 7 minggu.

  2. Permohonan mengorek/menebuk jalan dalam kawasan Majlis akan diluluskan dalam masa 2 minggu.

  3. Membaikpulih kerosakan longkang dalam tempoh 2 minggu.

  4. Segala aduan kerosakan premis Majlis akan diambil tindakan dalam tempoh seminggu.

  5. Kelulusan Perkhidmatan sewaan jentera/khemah/paying/meja dan kerusi dalam tempoh 1 hari.

 

Bahagian Pelesenan Kebersihan Dan Keindahan Bandar

  • Memastikan permohonan-permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses dan dikeluarkan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kategori jenis lesen seperti berikut :
 

QR CODE

Image
"Bersama Cemerlang Komuniti Gemilang"

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH,
17500 Tanah Merah, Kelantan

T (+609) 955 6023 
   (+609) 955 6026 

F (+609) 955 6826

Web: mdtanahmerah.gov.my
Email: mdtm (at) kelantan.gov.my

Pautan Luar

  • Portal Rasmi MyGovernment
  • Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
  • Portal Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Portal Rasmi MAMPU
  • Portal Rasmi MDEC
  • Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Kaunter Pelawat

Today71
Yesterday124
This week71
This month71
Total19580

2021-03-01
Tarikh Kemaskini Terakhir: 28-02-2021, 04:59 PM
© Copyright 2020 Unit Teknologi Maklumat,
Majlis Daerah Tanah Merah
. All Rights Reserved.

Search