IKLAN JAWATAN KOSONG MDTM 2022
Ruj Kami : MDTM/J/226
Bertarikh : 07 Februari 2022

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
NO TEL: 099556023 / 099556026 NO FAKS: 099556826
IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
NAMA JAWATAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN/JABATAN TARAF JAWATAN KEKOSONGAN JAWATAN |
: PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 : KEWANGAN : PELAKSANA : MAJLIS DAERAH TANAH MERAH : KONTRAK (CONTRACT FOR SERVICE) : 4 |
1. JADUAL GAJI
Gaji Minimum : RM1,353.00
Gaji Maksimum : RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) ATAU
ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) ATAU
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.
5. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM
SKIM PERKHIDMATAN |
STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (SKPK) |
TAHAP |
|||||
SEKTOR |
SUB-SEKTOR |
KOD SKPK |
TAJUK SKPK |
|
|
||
Pembantu Penilaian |
Pengurusan Bisnes |
Perniagaan dan Kewangan |
FB-050-2:2013 |
Pentadbiran Penilaian Hartanah
|
2 |
|
|
FB-050-3:2013 |
Pentadbiran Penilaian Hartanah - Teknikal |
3 |
|
CARA MEMOHON:
1. Sila muat turun borang di pautan:
2. Tarikh tutup permohonan pada 21 Februari 2022 (Isnin) dan Borang Permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Daerah Tanah Merah sebelum jam 4.00 petang.