IKLAN JAWATAN KOSONG MDTM SEPTEMBER 2022
pdf KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN (361 KB)
pdf KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG (904 KB)
Ruj Kami : MDTM/J/226 (1)
Bertarikh : 07 Februari 2022

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
NO TEL: 099556023 / 099556026 NO FAKS: 099556826
IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
NAMA JAWATAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN TARAF JAWATAN KEKOSONGAN JAWATAN |
: PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 : KEJURUTERAAN (J) : PELAKSANA : KONTRAK (CONTRACT FOR SERVICE) : 1 |
1. JADUAL GAJI
GRED GAJI |
GAJI |
ITKA |
ITP |
BSH |
KGT |
JA 29 |
RM 1,549.00 |
RM 160.00 |
RM 300.00 |
RM 200.00 |
RM 145.00 |
SYARAT LANTIKAN
Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan; dan
c)
i. Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) ATAU
ii. Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
iii. Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KEUTAMAAN:-
Calon yang memiliki pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang seni bina landskap atau setaraf dengannya akan diberikan keutamaan.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan, perancangan, pemantauan, penyeliaan, khidmat teknikal, pengumpulan maklumat dan penguatkuasaan berkaitan projek pembangunan dan industri landskap.
CARA MEMOHON:
1. Sila muat turun borang di pautan pdf https://mdtanahmerah.kelantan.gov.my/index.php?option=com_docman&view=download&alias=10-borang-jawatan-kosong-baru-1&category_slug=borang&Itemid=986 (904 KB) secara percuma.
2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport terkini, Salinan kad pengenalan, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen – dokumen lain berkaitan yang disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan ke atas.
3. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing – masing mengikut Perintah Am Bab A, Bilangan 17 Tahun 2005 di bawah Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
4. Hanya calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
5. Tarikh tutup permohonan pada 20 SEPTEMBER 2022 (SELASA) dan Borang Permohonan tersebut perlu diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Daerah Tanah Merah sebelum jam 12.00 tengahari.
6. Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-
YABRS. YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN DARUL NAIM
(u.p. Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Ruj Kami : MDTM/J/226 (1)
Bertarikh : 07 Februari 2022

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
NO TEL: 099556023 / 099556026 NO FAKS: 099556826
IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
NAMA JAWATAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN TARAF JAWATAN KEKOSONGAN JAWATAN |
: PEMBANTU AWAM H11 : KEMAHIRAN (H) : PELAKSANA : KONTRAK (CONTRACT FOR SERVICE) : 3 |
1. JADUAL GAJI
GRED GAJI |
GAJI |
ITKA |
ITP |
BSH |
KGT |
JA 29 |
RM 1,549.00 |
RM 160.00 |
RM 300.00 |
RM 200.00 |
RM 145.00 |
SYARAT LANTIKAN
Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan empat (4) Lulustermasuk subjek Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
d) Syarat tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut / motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
DESKRIPSI TUGAS
1) Menjalankan kerja-kerja penanaman pokok, membaja, memangkas dahan / ranting, mencabut rumput dalam planter box dan membersihkan kawasan landskap / taman awam
2) Menjalankan kerja-kerja semaian anak pokok, membaja anak pokok, menyiram anak pokok dan menjaga tapak semaian keseluruhannya
3) Menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan atau laluan yang kotor / berpasir / berdebu dengan kaedah semburan
4) Melakukan kerja-kerja siraman pokok dan landskap lembut secara berjadual
5) Memastikan pokok dan landskap lembut menerima air yang mencukupi untuk pembesaran
6) Menyelenggara tapak semaian majlis, memastikan pokok semaian dan pasu-pasu berada dalam keadaan baik