Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
A- A A+

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Polisi E-Penyertaan

  • Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Tanah Merah (MDTM). MDTM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan MDTM untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik dan tadbir urus yang teratur.

 

  • Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial MDTM iaitu Facebook dan Twitter.

 

  • Oleh yang demikian, MDTM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
    • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
    • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
    • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
    • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
    • Topik dan pautan ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
    • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
    • DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, emel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
    • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
    • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
    • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
    • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
    • Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.


Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.


Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.


Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan tempat bekerja kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran, kewangan, elaun dan kemudahan dan hal-hal lain.


Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Nilai teras Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan terbahagi kepada tiga komponen nilai iaitu :

  • 'Ubudiyyah
    Nilai ini merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Ia memberi signifikan dari sudut sifat diri, tujuan hidup dan juga cara menjalani kehidupan yang lahir dari pancaran iman dan aqidah yang jelas.

  • Mas'uliyyah
    Nilai ini merujuk kepada kebertanggungjawaban (akauntabiliti) iaitu segala kerja (tanggungjawab) yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Niali ini merupakan satu konsep khilafah (vicegenerence) yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan yang berlandaskan syariat.

  • Itqan
    Nilai ini merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja. Nilai ini akan membentuk peribadi yang berakhlak dan bermodal serta modal insan yang cemerlang dalam melaksanakan tugas.

 

Nilai Tatakelakuan

Nilai tatakelakuan 'Ubudiyyah

  • Ikhlas dan Niat Suci
    Mempunyai niat melaksanakan tugas kepada Allah SWT untuk mencari rezeki yang halal dan mengharapkan keredhaan-Nya serta sentiasa berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan manusia dan menghakis sebarang unsur kepentingan diri sebagai asas pengisian amanah
  • Bekerja Sebagai Ibadat
    Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah berupa ibadat dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT
  • Pengawasan Allah SWT
    Menyedari bahawa segala gerak kerja yang dilakukan adalah sentiasa berada di bawah pengawasan Allah SWT
  • Balasan dan Ganjaran
    Menginsafi bahawa segala tugas dan amalan yang baik akan dibalas dengan ganjaran manakala perbuatan yang buruk akan mendapat hukuman daripada Allah SWT
  • Mencapai Keredhaan Allah SWT
    Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT
  • Bersyukur
    Sentiasa menghargai nikmat dan rahmat Tuhan, gembira dalam melaksanakan tugas, kecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif, redha dengan kedudukan dan pangkat, berbelanja dengan berhemah dan menggunakan segala nikmat dan pemberian Tuhan ke arah perkara yang diredhai-Nya

 

Nilai tatakelakuan Mas'uliyyah

  • Amanah
    Sentiasa menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, berusaha menghindar dengan rela hati kepentingan peribadi dari mengatasi kepentingan tugas dan memastikan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.
  • Benar
    Sentiasa jujur dalam melaksanakan tanggungjawab, bercakap benar dan menepati janji, cermat dan berhemat dalam membuat keputusan, berasaskan profesionalisme, patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan sentiasa bersedia menerima teguran dan nasihat.
  • Bertanggungjawab
    Sentiasa menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan di samping pekerjaan dan majikan, melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruk (berwaspada dan jujur), bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan pada bila-bila masa diperlakukan, tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/awam dalam menjalankan tugas dan bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
  • Berdisiplin
    Sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan, memberi keutamaan mengikut kepentingan, mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang serta menyanjung tinggi masa dan janji.
  • Kepatuhan
    Sentiasa memberi kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam, Sentiasa menjaga imej serta bekerja dengan penuh rasa bangga sebagai penjawat awam.
  • Berbudi Pekerti Mulia dan Berprasangka Baik
    Sentiasa mengamalkan tatakelakuan yang kaya dengan budi pekerti mulia. Teguh dengan amalan nilai-nilai murni dan tidak mementingkan diri sendiri serta sentiasa berpransangka baik dalam hubungan sesama individu semasa menjalankan tugas dan hidup bermasyarakat.

 

Nilai tatakelakuan Itqan

  • Mahir
    Sentiasa menunjukkan kemahiran, kecekapan serta kepandaian dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
  • Tekun
    Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan hidup, mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk membaiki taraf hidup dan berusaha gigih bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam perkhidmatan
  • Komitmen
    Sentiasa menunjukkan sikap melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanak=hkan dengan penuh minat, perhatian, bertenaga, memberi sokongan serta keazaman/iltizam yang tinggi.
  • Cepat, Tepat dan Berkualiti
    Sentiasa bersedia menjalankan sesuatu tugas yang diberikan itu dengan serta merta dan dapat menghasilkan output yang bermutu tinggi serta menepati kehendak stakeholders dan pelanggan
  • Kreatif
    Sentiasa berusaha melalui pelbagai cara dan kaedah yang sesuai dalam bentuk yang mudah dan praktikal untuk menghasilkan kerja dan tugas yang lebih berkualiti.
  • Inovatif
    Sentiasa bersedia melahirkan pemikiran yang psitif dan terbuka serta bersedia menerima sebarang perubahan dan berusaha menguasainya melalui kaedah dan strategi yang berkesan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang
  • Bekerjasama dan Bermuafakat
    Sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong, permuafakatan, bersikap sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi dan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap bagi melahirkan suasana harmoni dan keseronokan bekerja. Sentiasa mengamalkan slogan "muafakat membawa berkat"
  • Berbudi Bahasa dan Berperibadi Mulia
    Sentiasa mengamalkan tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia dan merangkumi konsep nilai budi bahasa dan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, sopan dan ramah kepada pelanggan serta mengamalkan pergaulan yang akrab dan mesra sesama warga kerja dan masyarakat.
  • Bijaksana
    Sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahisan dan tahap profesionalisme yang tinggi dengan pertimbangan yang teliti berasaskan fakta tertentu dengan mengambil kira kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara.
  • Telus
    Mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan tindakan yang telus, lengkap serta menyelesaikan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Berusaha memaklumkan maklumat, tindakan dan keputusan yang telah diambil kepada pihak yang berhak selagi ianya tidak bercanggah dengan undang=undang, peraturan-peraturan dan arahan pentadbiran
  • Adil
    Sentiasa berusaha membuat pertimbangan yang saksama semasa membuat keputusan dalam setiap tindakan berasaskan undang-undang, peraturan-peratuan, arahan pentadbiran, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat.

Muat Turun Manual Program UMI Majlis Daerah Tanah Merah

Muat Turun Maklumbalas Pemerhatian Audit Perlaksanaan Prinsip Umi Majlis Daerah Tanah Merah Bil.1 2020/2021

Muat Turun Maklumbalas Pemerhatian Audit Perlaksanaan Prinsip Umi Majlis Daerah Tanah Merah Bil.2 2020/2021

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Dasar Keselamatan ICT

PENGENALAN
 
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kerajaan Negeri Kelantan mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT Kerajaan Negeri Kelantan.

Muat Turun Maklumat Lanjut:

 

pdf Dasar Keselamatan ICT Kerajaan Negeri Kelantan 4 2 Edaran (1.46 MB)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Tanah Merah(MDTM).

MDTM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Media Sosial MDTM

Facebook : https://www.facebook.com/mdtanahmerah

Laman Web Rasmi MDPP : http://mdtanahmerah.kelantan.gov.my

QR CODE

Image
"Bersama Cemerlang Komuniti Gemilang"

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH,
17500 Tanah Merah, Kelantan

T (+609) 955 6023 
   (+609) 955 6026 

F (+609) 955 6826

Web: mdtanahmerah.gov.my
Email: mdtm (at) kelantan.gov.my

Kaunter Pelawat

Today84
Yesterday230
This week532
This month6455
Total138829

2022-09-28
Tarikh Kemaskini Terakhir: 27-09-2022, 04:59 PM
© Copyright 2020 Unit Teknologi Maklumat,
Majlis Daerah Tanah Merah
. All Rights Reserved.

Majlis Daerah Tanah Merah

Search

Statistik Aduan Awam Yang Diterima Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan